Saturday, July 25, 2009

Hari Mengecat Tiang Rumah.

Sebenarnya tiang depan rumah ni dah lama terkopek catnya akibat dari kesilapan saya meletak kereta di situ.... akibatnya kereta tercalar sedikit dan tiang tu tertanggal catnya... Walau bagaimana pun.... akibat dari tiada sebarang usaha untuk mengecat semula dilakukan........ lama kelamaan........ cat di tiang tu semakin terkopek bila terkena hujan dan panas....

Akhirnya dengan gigih.......... saya dan hubby mengambil usaha untuk mengecat tiang tu kembali...



Begini lah keadaan tiang sebelum dicat.
Agak lama juga tiang ni dalam keadaan sebegitu...


Dari sudut yang berlainan....
siap dengan suratkhabar lama sebagai pelapik.


Pandangan hadapan ....


My hubby dah mula mengecat....


Tiba tiba Kuning datang.....

menghidu hidu cat .....


Kerana bosan ..... Kuning pun berlalu pergi ....


Tak jauh pun dia pegi ...... baring kat situ jugak...... merehatkan dirinya ....


Hubby mengambil kayu untuk mengacau cat di dalam tin yang sudah pun mendap..


Me..... Mengecat ....

Dah nak siap...


Akhirnya ..... tiang kami dah pun cantik kembali ... tiada lagi cat yang terkopek kopek...



Ini dia Faruq ..... mendiamkan diri bila dipanggil untuk menolong ...

Saya dan hubby amat berpuas hati bila tiang tu sudah pun berada dalam keadaan yang sempurna kembali. Syukur... alhamdullilah ...... Semoga saya tidak lagi mencalarkan tiang tu semula... Minta dijauhkan dari kesilapan sebegitu berulang kembali.




No comments:

Post a Comment