Akhirnya Jumaat 31 Julai .... kenduri kesyukuran tersebut telah pun berjaya dilaksanakan. Syukur dan terima kasih kepada yang sudi hadir di majlis tersebut. Jemputan hanya untuk adik beradik sekeluarga, saudara terdekat di Seremban dan juga sahabat sahabat terdekat sahaja. Jika jemputan dipanjangkan kepada jemputan jiran tetangga dan sahabat handai lain ..... maka kenduri besar lah pulak jadinya nanti.
Apa apa pun ... saya rasa syukur .. hajat saya dan suami untuk mengadakan kenduri kesyukuran ini telah pun selesai...
Terima kasih juga kepada Puan Rozita & Zarina dan saudara mara yang sudi memberikan buah tangan di majlis ini.
Bacaan Yassin, tahlil ringkas dan doa selamat dipimpin oleh Tuan Haji Alwi Kassim my brother in law yang sulung
Bacaan Yassin
Mudah mudahan Allah memberikan rezeki kepada me & hubby supaya dapat menganjurkan majlis yang penuh baraqah ini lagi di masa akan datang. Kenduri kesyukuran ini juga untuk my son Faruq yang akan melanjutkan pengajiannya di Sekolah Penerbangan di Kota Bharu, Kelantan tidak lama lagi. Semoga perjalanan dan laluan di Sekolah Penerbangan itu nanti berjalan dengan lancar dan selamat. Moga Allah permudahkan pengajiannya di Sekolah Penerbangan tersebut dan memberi keselamatan kepada Faruq Hasyim. Aminnn.
No comments:
Post a Comment