Sunday, July 19, 2009

Surau Al-Ulum

Aktiviti petang semalam.

Me and hubby ke Kota Damansara untuk menjayakan projek kutipan derma untuk Surau Al-Ulum. Jauh kami datang dari Seremban untuk memberikan sokongan moral kepada sahabat kami selaku pengurus projek ini. Sahabat ini merupakan teman serombongan Jemaah Rayhar... sewaktu menunaikan haji tahun lalu....... mengundang kami untuk turut serta bersama qariah mereka di majlis yang penuh bermakna petang semalam. Terima kasih Tuan Haji Rahman dan isteri. Kami berjumpa juga dengan sepupu hubby.... Mayah and family dan juga Kak Ros dan anaknya Ain.


Ustaz Dzulkarnain Astro Oasis. Alunan suaranya yang merdu membuatkan kami teringat ketika di Tanah Suci Makkah bersama rombongan jemaah Rayhar.. Setiap hari suaranya berkumadang di hotel kami Qamar Mawwaddah, di Arafah dan juga di Mina.... Sedihhhhh. Rasa macam nak pergi lagi... Dalam gambar tu..... me... yang gemuk tu pakai tudung merah, my darling, ustaz zul, dato najib & datin kamsiah juga teman haji kami dari Seremban.


suasana dalam dewan di Segi College


my table no 58.... tak da rezeki untuk menang sejadah dll hadiah cabutan tiket bertuah.


puding caramel yang tidak sempat saya makan


mee kari yang sedap... saya berjaya menghabiskannya semangkuk. Bertambah gemukkkk lagi....


Teh bukan tarik.. Sedap juga.


Sahabat semeja yang juga rakan serombongan Rayhar. Tuan Haji Razali dan Hajjah Faridah dan anaknya.


My ex boy friend dan anak Tuan Haji Razali yang sebaya dengan anak kami Faris.

Gambar Tuan haji Kasaruddin & isterinya tak berapa terang sangat so saya tak dapat nak taruk kat sini. Tapi kami pulang dengan hati yang sungguh gembira dari majlis ilmu dan juga dapat bertemu dengan sahabat sahabat yang lama kami tak bertemu

No comments:

Post a Comment