Sunday, July 19, 2009

Kebun Sekangkang Kera

Sekian lama me and hubby mencari cari kebun kecil untuk kami melaksanakan aktiviti "memerun". Dari kecil lagi kami berdua sudah biasa dengan aktiviti "memerun" ini... ...Mungkin... sebab kami berdua orang kampung. Juga dari kampung yang sama. Faham akan bahasa yang sama dan mengenali ramai orang yang sama. Dah jodoh kami.....

Sebelum saya bercerita lebih panjang lagi ..... Apa itu "memerun" .... kalau "memerut" tu kita biasa dengar kan ... "memerun" ini ialah membakar sampah.... tapi api nya tidak menjulang tinggi.... hanya asapnya saja yang akan keluar dari timbunan sampah tu. Selalunya aktiviti memerun ni dilakukan di petang hari. Dulu dulu orang tua memerun di petang hari untuk menghalau nyamuk. Asap dari perunan tu akan beransur ansur hilang bila sampah sudah habis di bakar. Selalunya untuk membuatkan perunan tu tahan lama.... sabut kelapa akan digunakan.

Setiap kali me & hubby lalu di kampung kampung ... kami selalunya akan berasa teruja bila melihat orang membakar sampah atau memerun sampah. Tak tau lah kenapa? Ini adalah minat kami yang sama. Kami pernah membakar daun daun kering di sekitar rumah kami di Green Street Homes ni.... walaupun aktiviti ini tidak dibenarkan sewaktu kami menandatangani S&P agreement .... sewaktu membeli rumah dulu.

Tapi apa boleh buat ..... kadang2 tu............ kami geram juga tengok daun daun yang bertimbun.. So far..... kami belum kena tegor atau kena tangkap lagi dengan guard GSH ni.

Memandangkan kami berdua tidak dilahirkan dari keluarga yang berada yang meninggalkan dusun atau kebun.... maka kebun ini adalah pembelian my hubby. Ini bermakna .... kami boleh mencangkul, bercucuk tanam dan juga "memerun"... walau bagaimana pun kami masih lagi cintakan alam sekitar yang bersih dan kami tidak sekali kali akan mencemarkan udara bumi Seremban ni dengan asap dari perunan di kebun kami ini.... Buat masa ini keadaan berjerubu agak teruk... akibat pembakaran terbuka di Sumatera Indonesia. So.... kami tidak akan menjadi penyumbang tambahan jerebu tersebut dengan aktiviti pembakaran secara terbuka. Tapi ..... "sikit sikit ok kot"......



Ini dia dusun sekangkang kera kami.


Pokok Durian. My hubby bukan pengemar durian. Me too.


My sister Kak Ros


My anak saudara Anis. Kat belakang tu my mum.


Kuning pun ikut sekali. Tapi kena kurung dalam kereta.


Pokok limau nipis


Pokok durian lagi


Anak sungai di hadapan kebun yang akan dibersihkan. Ada banyak ikan dalam tu. Orang kampung situ selalu memancing kat jambatan tepi tu. Ada juga yang menembak ikan. Tapi bukan menembak dengan pistol. Mereka gunakan macam anak panah. Tapi yang sebenarnya........... saya sendiri tak pernah melihat benda "yang macam anak panah" tu yang digunakan untuk menembak ikan.


Apa apa pun kami bersyukur pencarian kebun ini telah berakhir dengan Kebun Sekangkang Kera ini yang masih belum mengeluarkan hasil. Insyallah jika panjang umur .... saya akan blogkan pula...... bila pokok durian dah mula mengeluarkan buahnya... Bila tu .... saya pun tak tahu...

No comments:

Post a Comment