Sunday, July 19, 2009

Bilik sembahyang di hentian rehat

Rasa rasanya ... ini lah ruang sembahyang yang paling mendamaikan dan paling mesra pengguna. Peluang bersolat di Hentian Dengkil menjadikan saya sungguh kagum dengan segala gala yang ada di ruangan solat itu. Ini mungkin pendapat pribadi saya kerana saya pernah berhenti solat di beberapa hentian rehat menuju ke selatan tanah air.

Susun atur ruangan solat di Hentian Rehat dan Rawat ini diberikan perincian yang sungguh rapi. Tapi itu tidak menjadi persoalannya di sini. Apa yang saya kagum ialah.... kebersihan ruangan solat, tempat berwuduk yang bersih, kebersihan telekung dan juga kebersihan sejadah. Gambar di bawah boleh menceritakan segala galanya.



Penyidai telekung dan juga sejadah disediakan di ruangan solat ini. Tiada rak rak kayu untuk menyimpan telekung dan juga sejadah. Bila dah bersidai sebegitu rupa.... telekung yang lembab akan cepat kering dan sudah tentu tiada bau yang kurang menyenangkan.


Tiada telekung sembahyang yang kotor di penyidai ini. Cantik kan.....


Sejadah juga disangkut rapi.


Kerusi lipat ini juga disediakan bagi mak cik mak cik yang sakit lutut yang mana tidak boleh solat berdiri.


Saya kadang kadang terfikir.... ruangan solat di tempat tempat seperti KLCC... KLIA ... SkyPark perlu diberi sentuhan sebegini. Kalau tak percaya pergilah solat di KLCC... Telekung sembahyang di lipat lipat sahaja. Tiada penyidai seperti di hentian Dengkil itu. Walaupun ruangan solatnya besar. Sudah tentu bau telekung menjadi kurang enak untuk dicium. Mengapakah sudut sudut tertentu boleh diberikan perincian dengan hiasan dalaman dan lanskap yang rapi .... tapi ruangan solat dibiarkan .... kadang kadang tiada ventilasi udara langsung di ruangan atau bilik solat. Kenapa ya...


Begitu juga dengan kompleks membeli belah... kadang kadang ruangan solat di letakkan di hujung bangunan eg... SkyPark iaitu Terminal 3 yang lama tu. Punya lah jauh kehujung dunia..... dah lah tu....... kecik sangat ruangan solatnya ( berbanding dengan banyak ruang kosong yang mewah terbiar). Telekung sembahyangnya juga tidak bersih dan bau ruangan solat pun agak kurang menyegarkan. Juga di kompleks membeli belah .... eg.. ampang park... plaza low yatt... mid valley..

Tapi siapa lah saya ini........ saya cuma seorang Mak..... Untuk kesenangan ... saya bawa telekung solat sendiri. Habis cerita.... cuma dalam hati masih terdetik .... keadaan itu sebenarnya boleh diperbaiki... Lihatlah contoh ruangan solat di Hentian Rehat Dengkil... Jika kecil ruangan ... boleh di fikirkan untuk ruangan kecil dan jika ruangan besar maka bolehlah di fikirkan untuk cara penyesuaian dengan setiap ruang yang ada... pokok pangkalnya... kebersihan perlu di jaga.

Sembahyang lah kita sebelum kita di sembahyang kan.......


No comments:

Post a Comment