Monday, August 17, 2009

Pertemuan Sahabat Haji Rayhar .....

Ahad lepas ...me & hubby ke rumah sahabat di Rasah Kemayan, Seremban Negeri Sembilan. Dato Najeeb & Datin Kamsiah mengundang sahabat seperjuangan sewaktu mengerjakan haji di Tanah Suci musim haji lalu. Rasa rasanya ini perjumpaan yang ke 3 ... kumpulan ini. Cuma kali ini agak lebih ramai sedikit berbanding dengan perjumpaan sebelumnya.

Pak Teh dan Mak Teh singgah ke rumah dan kami berkongsi kereta ke jemputan tersebut. Hajjah Nani dan Haji Wan menyusul dan .... kami pergi bersama sama....

Dah lama kami tak berjumpa dan ...bila dah berjumpa .... biarlah gambar yang menceritakan segala galanya... ha ha ha...sebabnya..... saya malas nak bercerita dan saya juga malas nak menaip malam ni.... sebab penat menjahit..



Masih belum ramai tetamu yang hadir... me ..... bersembang sembang. Topiknya... macam macam.... H1N1 ... anak anak .... kisah penerbangan AIRASIA dan juga masalah berat badan.... Datin sibuk kat dapur..


Begini lah keadaanya bila lama dah tidak berjumpa.... sembang sembang ... makan... makan ...minum dan makan lagi...


Hajjah hajjah ...... yang "cun"


Haji haji yang "cun" jugak


Saya pun tak pasti apa yang Haji Aziz, Wan & Dato perhatikan tu....


Datin nyer pinggan....


Kak Fauziah, Nani, Datin & my biras Kak Yati .... kami makan dan makan lagi...


Air tangan Hajjah Nani


Lihat lah.... mana boleh tahan.... memang tak kan tahan selera punya ....


Banyak juga story kami...


Cantik rumah ni kan......


Me... kak yati & Tuan Haji Kol dari Rembau... Hajjahnya dia tak dapat menghadirkan diri..


Sessi bersembang sambil makan dan minum


Bergambar kenang kenangan ... Me ... yang duduk 2 dari kiri ... (kurang rapat la pulak my kaki)


Ketika mahu pulang


Semuanya ceria ........


TO Hajjah Salwa & Haji Hussin ......... we miss u.....

Sekian lah sahaja laporan dari wartawan Utusan --- Ini gelaran yang diberikan oleh sahabat sahabat kepada saya .....sebab ..sibuk mengambil gambar gambar ...





Thursday, August 06, 2009

Tiada Apa Yang Mustahil Dalam Hidup.....

Kadang kadang..... atau mungkin selalu .... kita terlalu mudah tewas dengan kelemahan diri sendiri ... kegagalan masa lalu ..... dan apa jua laluan yang tidak sebegitu licin dalam hidup ini... membuatkan kita rasa mudah tewas dan membiarkan masa berlalu begitu sahaja meniti usia yang kian menginjak hari demi hari..... Tapi sebenarnya ...segala gala masih belum terlewat .... kerana tiada istilah terlewat dalam hidup ini....

Cuba tonton video dibawah ....... dan hayati lah....

Saya tidak dapat menahan sebak ....... melihat 2 insan kurang upaya lagi istimewa ini dapat menari dengan sungguh hebat.
Bukan mudah.... seorang tiada sebelah kaki (penari lelaki) dan seorang lagi tiada sebelah tangan (penari perempuan) ..... Kecacatan tidak menghalang mereka untuk menjadi seorang yang hebat.


LIHAT lah......




Saya sungguh INSAFFF dan bersyukur kerana cukup sifat... dan bila melihat tarian ini ...saya mula merasakan betapa saya tidak menggunakan segala nikmat pemberian Tuhan sepenuhnya.... kadang kadang ....sifat malas menjadi raja pada diri ini.... Terlalu banyak keistimewaan yang Allah beri pada diri ini cuma..... kerana sifat malas dan mudah putus asa membuatkan terlalu banyak perkara yang dirancangkan menjadi "hangat hangat tahi ayam"...

Mulai dari hari ini ..... saya akan mencari segala kehebatan yang ada pada diri sendiri untuk digunakan kearah yang berfaedah dan bermenafaat....

Mana tahu satu hari nanti saya juga boleh menjadi insan yang hebat ..... Insyallah....


Cerita nya:------


In a Chinese modern dance competition on TV, one very unique couple
won one of the top prizes.

The lady, in her 30's, was a dancer who had trained since she was a little girl.

Later in life, she lost her entire left arm in an accident and fell into a state of depression for a few years.
Someone then asked her to coach a Children's dancing group.

From that point on, she realized that she could not forget dancing.

She still loved to dance and wanted to dance again.

So, she started to do some of her old routines, but having lost her arm, she had also lost her bala nce.

It took a while before she could even make simple turns and spins without falling.

Then she heard of a man in his 20s who had lost a leg in an accident.

He had also fallen into the usual denial, depression, and anger type of
emotional roller coaster.

But she determined to find him and persuade him to dance with her.

He had never danced, and to "dance with one leg .... are you joking with me?

No way!" But, she didn't give up, and he reluctantly agreed thinking, "

I have nothing else to do anyway." She started to teach him dancing 101.

The two broke up a few times because he had no concept of using muscle,
how to control his body, and knew none of the basic things about dancing.

When she became frustrated and lost patience with him, he would walk out.

Eventually, they came back together and started training seriously.

They hired a choreographer to design routines for them.

She would fly high (held by him) with both arms (a sleeve for an arm) flying in the air.
He could bend horizontally supported by one leg with her leaning on him, etc.


In the competition, as you will see, they dance beautifully and they legitimately won the competition.

Wednesday, August 05, 2009

Kuning Cedera Lagi

Setelah sembuh dari bisul di kaki sebelah kiri ..... kuning bisul di bontot nya pulak.... Kuning menyorok dan tidur di tempat yang tersorok.... menyelit di celah almari .... di celah buku buku ....and now baru saya faham... bila kucing sakit ...kucing akan mencari tempat yang tersorok untuk mereka berasa selamat dari sebarang gangguan.... Sebenarnya .......... kami sekeluarga tidak perasan yang terdapat bisul di bontot kuning tu. Cuma kami semua agak hairan kenapa Kuning mencakar marah bila ada yang cuba mengurut badannya sehingga ke ekornya... akhirnya saya perasaan ada bengkak di bontotnya ... tanpa kami sedar ..... bisul di bontot kuning pecah.... Disebabkan ubat ubat lama masih ada ...kuning tidak dibawa berjumpa doktor.... saya merawat kuning sehingga bisulnya dah mula kering...

Malangnya ...... kucing comot yang menjadi musuh ketat Kuning datang lagi ... maka berlakulah satu pergaduhan yang besar .... kucing comot tu dah menggigit bekas luka di bontot kuning sehingga tersiat dagingnya .... kami semua berasa sungguh sedih ...malangnya kuning tidak mahu di bantu ...... Kuning menyorok entah ke mana.

kerana kesakitan yang amat sangat kuning telah pun memerut di tempat yang tidak sepatutnya .... dan saya rasa marah kerana terpaksa membersihkan najisnya... Dan saya berkata kepada pembantu saya ...yang saya akan menghantar kuning ke PAWS Malaysia di Subang.... selepas sembuh dari kecederaannya. Mungkin kerana Kuning faham.... dia telah menghilangkan diri selama sehari semalam....

tapi.... petang tadi .... kami perasan... yang ada bunyi kucing bergaduh di atas ceiling rumah kami .... hairan sungguh ... macamana kedua dua kucing tu boleh berada di atas ceiling rumah.... saya sungguh sedih kerana tidak dapat membantu kuning yang dalam kesakitan bergaduh dengan si COMOT LAGI.... Dan saya serta anak anak tidak dapat memanjat ke atas ceiling rumah untuk mencari Kuning.... harap harap kuning masih hidup lagi... hubby pulak kerja .... maka tiada siapa yang dapat memanjat dan mencari kuning di atas ceiling .... payah sungguh.

Sudah 2 hari kuning tidak makan dan juga minum....




Kuning......
kesayangan kami sekeluarga


Kuning lagi


Kuning berehat


Kuning sedang bermain dengan fazli


pose seksi


Hubungan kasih sayang manusia dan kucing


Mudah mudahan ....esok Kuning dapat turun dan keluar dari ceiling rumah kami... boleh makan... dan diubati..



Tuesday, August 04, 2009

GOLF di PD Golf & Country Club

2 Ogos lalu...... merupakan hari yang bersejarah dalam penglibatan saya dengan sukan golf ini.... ha.. ha.....ha .... kali terakhir bermain golf........ ketika sebulan ...selepas pulang dari mengerjakan fardu haji awal tahun ini... itu pun kerana menemankan suami berlatih untuk kejohanan golf piala Tok Kassim di Jakarta. Tiba tiba peluang untuk bermain golf datang tanpa disangka sangka....

Walau bagaimana pun.... disebabkan kerana sudah lama tidak menyentuh kayu golf ... apa tah lagi menjengah golf bag...... segala gala macam tak sempurna .... "glove" tak ada ... yang lama sudah tidak boleh digunakan lagi ... maka nya terpaksa pakai my hubby punya "glove" .... Bola juga langsung tiada dalam golf bag. Tee pun tak ada juga.... Kesian sungguh .... Kira semuanya tak ada lah.... Tersangat lah tidak organised. Very... very .... unlike me ... dalam persediaan sebelum bermain golf..... Dulu .... semua ada .... Tapi... itu duluuuuuu..... Gitu gini ...apa yang ada dalam my hubby punya golf bag ...saya ambil.. mana yang patut.



Ini saya ... pada 10 Mei 2007 ... Masih belum sempurna pemakaian sebagai seorang muslimah... he he... itu dulu ...... Tapi sungguh selesa .... badan pun belum begitu "kembang" lagi. Sebab rajin melakukan aktiviti senaman..



Saya dan suami ... lihat lah penampilan baru saya bermain golf.... Pakai tudung buat sendiri .... (rasanya kena buat yang lebih pendek supaya boleh tutup leher sahaja) ..... Badan pun sudah agak "kembang" sikit. Secara jujurnya .... saya agak kurang selesa bertudung sewaktu bermain golf ... sebabnya .... masih belum biasa lagi... Topi yang ala ala "lamp shade" ada saya bawa...... tapi malas nak ambil dalam kereta...


2 couple ( anak & menantu Tok Kassim )



Keluarga Tok Kassim + Along (cucu)



Mencucuk tee sebelum "tee off"



Dah lama rupanya kasut ni... dari 2007.



Me & my buggy mate punya kaki



Air......... sebelum haus



Bola .... satu bag plastik... takut masuk kolam dan hilang dalam semak or hutan .. tapi akhirnya tak banyak..... my bola yang hilang dan masuk kolam.


Memang seronok dan menyeronokkan.... cuma tak cukup quorum je ...... sebab tiada penyertaan kaum ibu yang lain...

Akhirnya ....saya begitu enjoy dengan permainan saya yang pertama kali bermain bersama Kak Maheran yang baru mula bermain golf bulan 3 lalu... kerana dia mempunyai jurulatih yang hebat.... serta mempunyai gaya semulajadi seorang golfer .... dia memang hebat di padang golf.... Jika kami berdua berlatih or main golf selalu macam yang "lelain" tu..... Insyallah ....... tak lama lagi .... kami boleh tee off kat blue tee box sama dengan kaum bapa.... and rasa rasanya .... berani bertanding dalam same category .... Insyallah...


Kenduri kesyukuran

Me and hubby mengambil kesempatan di atas "Tok Kassim's Gathering" yang mana ramai ahli keluarga Tok Kassim berkumpul di Port Dickson hujung minggu yang lalu. Kami juga telah "booking" terlebih dahulu untuk mengadakan kenduri kecil di rumah kami ini.

Akhirnya Jumaat 31 Julai .... kenduri kesyukuran tersebut telah pun berjaya dilaksanakan. Syukur dan terima kasih kepada yang sudi hadir di majlis tersebut. Jemputan hanya untuk adik beradik sekeluarga, saudara terdekat di Seremban dan juga sahabat sahabat terdekat sahaja. Jika jemputan dipanjangkan kepada jemputan jiran tetangga dan sahabat handai lain ..... maka kenduri besar lah pulak jadinya nanti.

Apa apa pun ... saya rasa syukur .. hajat saya dan suami untuk mengadakan kenduri kesyukuran ini telah pun selesai...






Persiapan hidangan secara "buffet"


2 orang kuat dalam membantu penyediaan hidangan "masak sendiri"


Ulam ulaman, sambal kicap dan sambal belacan


Ayam Goreng Kalasan


Sambal Tumis Udang


Ikan Kembung Goreng


Kari Daging


Bubur Jagung + Pulut



Gulai Tempoyak Udang Petai dari my sahabat Puan Monaliza

Terima kasih juga kepada Puan Rozita & Zarina dan saudara mara yang sudi memberikan buah tangan di majlis ini.


Kuih Kole Kacang Buat Sendiri


Orang yang lebih 2 marhalah ... Solat Jamak Takdim Berjamaah


Tak Cukup 2 Marhalah


Orang orang yang terhampir dalam keluarga


Bacaan Yassin, tahlil ringkas dan doa selamat dipimpin oleh Tuan Haji Alwi Kassim my brother in law yang sulung


Bacaan Yassin


Mudah mudahan Allah memberikan rezeki kepada me & hubby supaya dapat menganjurkan majlis yang penuh baraqah ini lagi di masa akan datang. Kenduri kesyukuran ini juga untuk my son Faruq yang akan melanjutkan pengajiannya di Sekolah Penerbangan di Kota Bharu, Kelantan tidak lama lagi. Semoga perjalanan dan laluan di Sekolah Penerbangan itu nanti berjalan dengan lancar dan selamat. Moga Allah permudahkan pengajiannya di Sekolah Penerbangan tersebut dan memberi keselamatan kepada Faruq Hasyim. Aminnn.

Saturday, July 25, 2009

Hari Mengecat Tiang Rumah.

Sebenarnya tiang depan rumah ni dah lama terkopek catnya akibat dari kesilapan saya meletak kereta di situ.... akibatnya kereta tercalar sedikit dan tiang tu tertanggal catnya... Walau bagaimana pun.... akibat dari tiada sebarang usaha untuk mengecat semula dilakukan........ lama kelamaan........ cat di tiang tu semakin terkopek bila terkena hujan dan panas....

Akhirnya dengan gigih.......... saya dan hubby mengambil usaha untuk mengecat tiang tu kembali...



Begini lah keadaan tiang sebelum dicat.
Agak lama juga tiang ni dalam keadaan sebegitu...


Dari sudut yang berlainan....
siap dengan suratkhabar lama sebagai pelapik.


Pandangan hadapan ....


My hubby dah mula mengecat....


Tiba tiba Kuning datang.....

menghidu hidu cat .....


Kerana bosan ..... Kuning pun berlalu pergi ....


Tak jauh pun dia pegi ...... baring kat situ jugak...... merehatkan dirinya ....


Hubby mengambil kayu untuk mengacau cat di dalam tin yang sudah pun mendap..


Me..... Mengecat ....

Dah nak siap...


Akhirnya ..... tiang kami dah pun cantik kembali ... tiada lagi cat yang terkopek kopek...



Ini dia Faruq ..... mendiamkan diri bila dipanggil untuk menolong ...

Saya dan hubby amat berpuas hati bila tiang tu sudah pun berada dalam keadaan yang sempurna kembali. Syukur... alhamdullilah ...... Semoga saya tidak lagi mencalarkan tiang tu semula... Minta dijauhkan dari kesilapan sebegitu berulang kembali.




Friday, July 24, 2009

Penimbang lama ... penimbang baru

Entah lah.... tiba tiba rasa macam tak percaya tengok berat badan di penimbang yang warna kuning tu... penimbang tu dah lamaaaaa sangat .. dah makan bertahun juga lamanya. Maka akhirnya penimbang digital pun dibeli. Kenapa dibeli? Sebab badan dah terasa semakin berat. Ha. ha.... bukan berat .... tapi semakin bertambah jumlah timbangan. Apa yang bertambah tu ..... macam macam lah..... berat badan .... dan juga lemak lemak di tempat tempat yang sebegitu strategik.

Alat penyukat berat ini diletakkan berhampiran dengan meja makan supaya semua orang boleh menimbang berat badan masing masing. Ikut suka hati lah ...siapa nak timbang ... timbang lah.... tak da kena bayar pun. Sekarang ... anak anak ... sebelum makan akan menimbang berat badan dan bergitu juga selepas makan ... mereka akan menimbang berat badan masing masing. Macam dah jadi habit pulak. Begitu juga dengan abahnya sekali. Selalu timbang berat badannya juga.


Ini penimbang lama. Susah sikit nak tengok bacaannya. Sebab kecik sgt hurufnya.


Ini penimbang baru...... senang nak tengok. Tak perlu bongkokkan badan untuk melihat bacaannya.


Itu lah dia........ bila umur kian menginjak ..... makan memang nak kena jaga ... metabolisma badan kian menurun. Maka perlu bantuan senaman. Kadar makanan yang diambil juga perlu kurang dari dulu dulu. Sebab itu lah saya membeli penimbang baru ini untuk memberi semangat baru dan berazam pada diri sendiri untuk menurunkan berat badan sebanyak 5 kilo. Sebelum (sebulan lepas)......... berat badan saya 59.7kg..... akibat tiada senaman dan tidak menjaga makan ...... Now dah turun 2 kg... Syukur alhamdullilah. Ada 3 kg lagi yang perlu di beri perhatian.

Moral of the story ..... apa apa pun...... menjaga badan bukan untuk kecantikkan sahaja malah untuk menjaga kesihatan diri... tetapi ....... jika berjaya untuk mendapat susuk badan idaman dengan aktiviti senaman dan menjaga makan ... itu adalah satu pencapai yang amat hebat...... Kerana bersenam dan menjaga makan perlukan pergorbanan yang besar dari diri seseorang itu. Apa apa pun yang pentingnya.... badan sendiri sendiri lah jaga.... supaya di hari tua nanti senang untuk melakukan amal ibadah serta kegiatan harian dengan mudah.