Friday, September 25, 2009

Raya ke 3

Ini lah dia gambar saya sekeluarga pada hari raya ke 3... Bersiap untuk ke KL....


Ada yang senyum... ada yang tak senyum .... macam macam peel...



Me and my darling



Ini lah semuanya my buah hati pengarang jantung


Thursday, September 10, 2009

Pagi ... sebelum ke sekolah..........

Apa yang sedang kuning buat tu?
Kuning sedang menunggu Fazli di dalam tandas sedang *****.
Kerana takut....... Fazli membawa Kuning sebagai penemannya di hadapan pintu bilik air...


Kuning yang setia menunggu tuannya ****k


Mungkin Kuning bosan menunggu tuannya tu..

Ada juga gunanya Kuning ni kan...

Thursday, September 03, 2009

Biskut Suji

Memulakan hari ini dengan operasi membuat biskut suji. Kalau kebiasaan orang negeri Johor ..... biskut juga kami panggil kuih.... Eg... Kuih suji ... biskut suji adalah sama.... Ada yang panggil juga dengan panggilan biskut arab untuk biskut suji ni. Masih segar dalam ingatan masa kecik dulu.... bila dah pertengahan ramadan ... .... jiran tetangga emak akan bertanya .... "dah buat kuih rayaaa wehhhh"...... ini bermakna dah buat biskut raya le tu....... Kalau waktu boleh berputar ...... saya mahu menjadi kecik kembali.... tolong emak membuat bangkit santan... bangkit kelapa .... ( kedua biskut ni memang saya tak pandai buat dan kalau ikut resepi pun akan tidak menjadi sehebat kuih bangkit buatan emak )....

Bahan bahan nak buat biskut ni semua dah dibeli semalam. Kuih suji ini adalah kegemaraan hubby dan juga anak anak. Sampai saja di rumah ( hubby baru balik dari kerja ) ... rumah berbau biskut. Ok lah kan .... dah selesai membuat kuih kegemarannya....

Sambil makan biskut suji tu ...... Saya ceritakan kepada hubby ....... yang saya sudah boleh membuat biskut suji ini sejak dari darjah 4 lagi.... resepi yang sama... lalu my hubby pun ceritakan kisahnya pula ..... Beginilah kisahnya....... masa dia darjah satu duluuuuu ..... dia telah menjual kuih suji hari raya. Budak budak .... Biskut suji tu buatan emaknya. Dia telah menjual kepada sahabatnya "Zul Boyok" ...... now dah jadi arwah pun.... kuih suji tersebut telah dijual dengan harga 20 sen. Tapi banyakkkk dia bagi kat kawannya tu dengan harga 20 sen... Jual ikut tingkap dapur ..... Indah kan .... kenangan masa kecik... Masa kecik kecik dulu mana puasa lagi... Yang seronoknya menunggu hari raya.. makan kuih raya dan cari duit raya ... tak faham apa apa lagi...

Puas rasanya dapat menyiapkan satu biskut raya .... walaupun tidak seberapa "gah" seperti biskut biskut tersohor yang lain.

Sebagai bukti kuih buatan sendiri ..... lihatlah gambar gambar yang telah saya ambil ini.... pembantu rumah saya kehairanan melihat saya mengambil gambar gambar di bawah ini.


Bahan bahan untuk membuat biskut suji. 3 bahan sahaja yang diperlukan. Minyak sapi, gula pasir dan juga tepung gandum


Bahan bahan sudah siap diadun dan menjadi doh.


Doh yang sudah siap sedia untuk di canai lalu diterap kecil kecil untuk menjadi biskut. Bagi yang rajin .... mereka akan mengentel bentuk bulat untuk dibakar. Apa apa bentuk pun boleh..... pilihan sendiri.


Apron beropol ropol ini sebagai penyeri untuk menambahkan gaya semasa membuat biskut.... walaupun orang tak nampak .... tetapi untuk kepuasan diri sendiri.


Semuanya sudah siap sedia untuk diterap menjadi biskut.


Di masukkan ke dalam ketuhar untuk di bakar... 180 celcius selama 20 minit


Tray pertama yang sudah siap dibakar


Close up .......


Sudah dimasukkan ke dalam botol


3 balang untuk rumah sendiri


4 balang untuk di hadiahkan .... ibu ... ibu mertua dan orang2 tertentu


Begitulah kisahnya...... operasi membuat biskut raya yang pertama... iaitu biskut suji.... mudah mudahan kerajinan saya ini akan berterusan untuk membuat biskut biskut yang seterusnya.

Resepi biskut suji....

400gm minyak sapi
400gm gula pasir ( dikisar halus )
tepung gandum 900gm

minyak sapi dan gula di kacau sehingga agak putih warna minyak sapi tersebut... tak perlu lama sangat. Kemudia masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh di canai untuk diterap... jumlah gandum yang digunakan mengikut keadaan semasa menguli doh tersebut....tak semestinya 900gm tu.... so... yang ini susah sikit nak cakap ...sebab ...kalau dah biasa buat biskut maka senang cerita .... kalau baru nak buat biskut .... gunakan kemahiran sendiri..

ikut pilihan sendiri untuk buat bentuk apa... empat segi ... bulat ...3 segi or di msukkan ke dalam paper cup....

bakar... sejukkan ... masukkan ke dalam balang ...
selesai.....
jangan lupa untuk merasa....