Sunday, August 23, 2009

Selamat Menyambut Ramadan Yang Penuh dengan Kemulian ini.

Syukur Alhamdullilah.......... kerana Allah telah melanjutkan usia untuk bertemu dengan Ramadan kali ini.... Bersyukur juga kerana dapat bersama suami... Faris dan Adik ...... bersahur dan berbuka puasa di hari pertama.. Hari Ramadan ke 2 ini hubby dah pun berkerja. Gembira juga kerana secara kebetulan my mum datang berkunjung ke rumah bersama my sis kak ros dan anaknya Anis. Maka meriah lah sikit suasana berbuka kami sekeluarga. Teringat juga kat Faruq yang sedang belajar di Kota Bharu sana... Sebagai seorang ibu hati ini sentiasa tertanya tanya "boleh bangun sahur ke .... sahur makan apa.... dan berbuka makan apa agaknya ... sembahyang ke ... pegi tarawih ke " .... persoalan yang bermain dalam pemikiran diri .... ada waktunya bila teringat. Teringat juga suami yang terpaksa berbuka puasa jam 9 malam di Paris.

Apa apa pun.... kehidupan perlu diteruskan seperti biasa .... apa yang perlu dipertingkatkan ialah amalan yang ada... lebihkan mana yang perlu dan kurangkan atau kata kan tidak kepada yang tidak perlu serta membazirkan masa.

SMS banyak diterima dari sahabat tercinta mengucapkan selamat menyambut ramadan. Juga ucapan istimewa ini. Sungguh hebat ... ucapan ini ... saksikan lah.......




Semoga dikurniakan Allah rezeki yang berterusan......... dan kehidupan kita semua sekeluarga..... ..... dirahmati Nya dengan kebahagian, kejayaan dan keberkatan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Allah... berikanlah kami semua kebaikan hidup di dunia dan juga di akhirat... jauhkanlah kami semua dari azab api neraka........ serta masukkanlah kami ke dalam surga..... bersama orang orang yang Engkau rahmati ... wahai Tuhan yang maha pengampun serta menguasi Alam semesta.

No comments:

Post a Comment