Wednesday, April 29, 2009

Risau

Bila anak dah ada lesen memandu ... ingatkan dah boleh berehat dari aktiviti menghantar.. mengambil atau lebih mudah ..... boleh lah rehat dari menjadi seorang derebar. Tapi nampak gayanya perasaan bimbang dan risau mengatasi segala galanya.

Entahlah ... kalau dulu dulu masa my mum risau... masa I baru dapat lesen memandu ... memang tak faham kenapa? Now... bila sendiri dah jadi mak .... baru lah tahu macamana rasanya. Tuhan aje yang tahu. So far ... me and my hubby masih belum lepaskan dia bawa solo lagi. Masih kena ada mak or abah kat sebelah dulu. My kaki pulak asyik tekan "brake angin".

Kenapa jadi macam ni ya ...
Macam I bagitau kat my son ... mak bukan tak percaya kat kamu tapi mak tak percaya kat orang lain... Ada macam macam karakter pengguna jalanraya.. ada yang bertimbang rasa dan ramai yang alpa akan soal keselamatan orang lain. Merempit sesuka hati ... memotong sesuka hati dan banyak lagi lah. kalau nak tulis boleh jadi satu karangan yang panjang berjela jela.

Begitu lah adanya perasaan seorang ibu yang senantiasa mahukan yang terbaik untuk anak anaknya.

No comments:

Post a Comment