Wednesday, June 24, 2009

Bawa Kuning Jumpa Vet

After pergaduhan yang hebat......... kuning telah cedera dengan teruknya ... banyak la kesan calar di sebalik bulu kuning tu. Telinga kuning pun dah sumpik sikit.. tiada tanda tanda yang sumpik tersebut akan bercantum kembali.

Sebagai seorang manusia ...terasa sungguh simpati di hati. Cubalah bayangkan bagaimana jika kepala, tangan, kaki dan hidung kita calar balar. Tentu sakitkan. Tangan sebelah kiri kuning telah bengkak dan bisul kuning telah pun pecah... Jalan terhencut hencut. Sungguh menyayat hati. Nasib baik kucing ada 4 kaki.... satu tempang ... ada 3 lagi..... Memandangkan di rumah sekarang ni ada mak tok yang mengamalkan perubatan tradisional untuk kucing .... maka kaki kuning telah di lumur dengan minyak gamat ... dan juga minyak kunyit.

Dalam keadaaan yang masih lemah dan bisul yang dah pecah .... kuning bergaduh lagi dan terdapat dua kesan lubang gigitan di kaki kuning ... satu lubang bisul dan satu lagi kena gigit dengan kucing comot.

Akhirnya .... kuning dibawa berjumpa dengan dr. Dengan izin dr rasyid tu .... di bawah ini lah gambar kuning di klinik tersebut.



Inilah dia keadaan kaki kuning bila bisulnya dah pecah. Gambar selepas bergaduh lupa nak ambil. Ada lubang satu lagi kena gigit gengan kucing comot.



Sewaktu mula sampai di klinik.



Kuning dah mula terbangun kerana dalam bilik........ vet tu tengah merawat seekor anjing. Anjingkan musuh kucing. Sudah tentu kuning tidak selesa.



Kerana bosan menunggu .... akhirnya kuning baring semula.



Untuk mengambil suhu badan kucing ...rupa rupanya jangkasuhu di masukkan kedalam... ehem...ehem kucing. Hasil bacaan suhunya... kuning demam.



Bulu tangan kuning di cukur untuk kerja pembersihan luka lukanya.



Luka kuning dibersihkan dan kuning meronta ronta... kesian...



Kuning telah diberi makan 2 biji pil. Kaki telah disiap dibalut.



Masuk semula dalam sangkar



Sampai di rumah kuning tido and tido and tidoooooo



Inilah dia kaki kuning yang berbalut.



Tido



Kuning bersama sama ubat yang perlu tuannya sapu dan beri makan. Maka bermulalah satu satunya benda yang tak pernah dibuat dalam hidup ..... bagi kucing makan ubat ...


Mudah mudahan kuning cepat sembuh. Hari ni kuning dah mula berjalan... Dah ok lah kakinya tu. Harap harap lepas ni tiada lagi pergaduhan yang hebat lagi dengan comot.

Sekian lah .......... sehari dalam kehidupan seekor kucing.

No comments:

Post a Comment