Rasa rasanya kali terakhir membeli pokok dan pokok bunga ialah pada tahun 2007 selepas sedikit renovation rumah bahagian depan dilakukan. Ya lah .... rumah kalau tak da pokok pokok hijau rasa rasanya ada kurang serinya sikit. Maknanya dah lebih dari setahun setengah tak membelai belai pokok disekitar rumah .....
Memandangkan 2008 yang adalah tahun yang agak sibuk ... ketiga tiga anak UPSR, PMR dan SPM dan me and hubby juga sibuk dengan persediaan untuk mengerjakan haji maka hal ehwal pokok terbiar macam tu saja. Siram .... baja ada masa taruk ada kala tidak. Siram tu pun tak tau lah siram hari hari atau selang sehari atau tak siram langsung...
Dipendekkan cerita ..........akhirnya............ entah kenapa semalam mood untuk ber gardening datang tiba tiba .... baguskan ... tapi malangnya sebelum aktiviti cangkul mencangkul tu dilakukan ..... terlupa nak ambil gambar keadaan pokok pokok yang terbiar tu ..... Cita cita saya ni ..... kalau rajin lah .... saya akan memberi nafas baru terhadap persekitaran taman saya yang sudah lama tidak terurus ini... Dengan bantuan my hubby dan Irma ..... begini lah fasa pertama projek "seni taman" saya... projek membuang pokok yang dah nak mati...
rumput tak berpotong lagi. Tukang potong rumput janji nak datang hari rabu .... rasanya dah bertemu rabu pun pemotong rumput tu masih tak datang lagi....
Nak biarkan dalam 3 hari supaya rumput kering dulu ... baru nak tanam pokok...
Yang ni pulak pokok yang dah ready nak dibuang..
Banyak jugak kan ...
Ni pulak dah banyak daun daun yang dah mati dan juga sekrat daun daun tu kering... So apa lagi la.... aktiviti kerat mengerat pun dilakukan.
Kuning yang senantiasa menyibuk.
Yang sudah dikerat kerat ... banyak kan daun daun yang dah mati...
Nah....... ini dia apabila dah siap di cantas mana yang tak perlu....
Nak dibuang.... tapi pasu tak buang lah... tunggu orang potong rumput buangkan..
Ini dia pokok ubi makcik sebelah.
Ini pokok nenas yang dah mengeluarkan buahnya after bertahun tahun lamanya duduk dalam pasu pokok nenas tu....
Mudah mudahan projek fasa ke 2, ke 3 untuk menanam pokok pokok baru akan berjalan dengan lancarnya... Aminnnnn.
Hari ni saya pun mula projek berkebun... tanam sayur dalam poly bags. Asal nya sebab ada timbunan tanah hasil dari kerja renovasi hari tu. So today beli tanah ( orang beli tanah jota2 saya beli tanah baja 20 bag baru 20engget). Bila dah gaul dapat lah more than 20 poly bags. Semaikan cili api, (orang Nogori tak leh kurang cili api), terung, kangkung, bendir and sawi. So next time nak goreng mee ke drive by my place ambik sawi fresh from my garden....
ReplyDelete