Ini lah dia gambar saya sekeluarga pada hari raya ke 3... Bersiap untuk ke KL....
Friday, September 25, 2009
Thursday, September 10, 2009
Pagi ... sebelum ke sekolah..........
Apa yang sedang kuning buat tu?
Kuning sedang menunggu Fazli di dalam tandas sedang *****.
Kerana takut....... Fazli membawa Kuning sebagai penemannya di hadapan pintu bilik air...

Thursday, September 03, 2009
Biskut Suji
Memulakan hari ini dengan operasi membuat biskut suji. Kalau kebiasaan orang negeri Johor ..... biskut juga kami panggil kuih.... Eg... Kuih suji ... biskut suji adalah sama.... Ada yang panggil juga dengan panggilan biskut arab untuk biskut suji ni. Masih segar dalam ingatan masa kecik dulu.... bila dah pertengahan ramadan ... .... jiran tetangga emak akan bertanya .... "dah buat kuih rayaaa wehhhh"...... ini bermakna dah buat biskut raya le tu....... Kalau waktu boleh berputar ...... saya mahu menjadi kecik kembali.... tolong emak membuat bangkit santan... bangkit kelapa .... ( kedua biskut ni memang saya tak pandai buat dan kalau ikut resepi pun akan tidak menjadi sehebat kuih bangkit buatan emak )....
Bahan bahan nak buat biskut ni semua dah dibeli semalam. Kuih suji ini adalah kegemaraan hubby dan juga anak anak. Sampai saja di rumah ( hubby baru balik dari kerja ) ... rumah berbau biskut. Ok lah kan .... dah selesai membuat kuih kegemarannya....
Sambil makan biskut suji tu ...... Saya ceritakan kepada hubby ....... yang saya sudah boleh membuat biskut suji ini sejak dari darjah 4 lagi.... resepi yang sama... lalu my hubby pun ceritakan kisahnya pula ..... Beginilah kisahnya....... masa dia darjah satu duluuuuu ..... dia telah menjual kuih suji hari raya. Budak budak .... Biskut suji tu buatan emaknya. Dia telah menjual kepada sahabatnya "Zul Boyok" ...... now dah jadi arwah pun.... kuih suji tersebut telah dijual dengan harga 20 sen. Tapi banyakkkk dia bagi kat kawannya tu dengan harga 20 sen... Jual ikut tingkap dapur ..... Indah kan .... kenangan masa kecik... Masa kecik kecik dulu mana puasa lagi... Yang seronoknya menunggu hari raya.. makan kuih raya dan cari duit raya ... tak faham apa apa lagi...
Puas rasanya dapat menyiapkan satu biskut raya .... walaupun tidak seberapa "gah" seperti biskut biskut tersohor yang lain.
Sebagai bukti kuih buatan sendiri ..... lihatlah gambar gambar yang telah saya ambil ini.... pembantu rumah saya kehairanan melihat saya mengambil gambar gambar di bawah ini.
Bahan bahan untuk membuat biskut suji. 3 bahan sahaja yang diperlukan. Minyak sapi, gula pasir dan juga tepung gandum
Doh yang sudah siap sedia untuk di canai lalu diterap kecil kecil untuk menjadi biskut. Bagi yang rajin .... mereka akan mengentel bentuk bulat untuk dibakar. Apa apa bentuk pun boleh..... pilihan sendiri.
Apron beropol ropol ini sebagai penyeri untuk menambahkan gaya semasa membuat biskut.... walaupun orang tak nampak .... tetapi untuk kepuasan diri sendiri.
4 balang untuk di hadiahkan .... ibu ... ibu mertua dan orang2 tertentu

4 balang untuk di hadiahkan .... ibu ... ibu mertua dan orang2 tertentuBegitulah kisahnya...... operasi membuat biskut raya yang pertama... iaitu biskut suji.... mudah mudahan kerajinan saya ini akan berterusan untuk membuat biskut biskut yang seterusnya.
Resepi biskut suji....
400gm minyak sapi
400gm gula pasir ( dikisar halus )
tepung gandum 900gm
minyak sapi dan gula di kacau sehingga agak putih warna minyak sapi tersebut... tak perlu lama sangat. Kemudia masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh di canai untuk diterap... jumlah gandum yang digunakan mengikut keadaan semasa menguli doh tersebut....tak semestinya 900gm tu.... so... yang ini susah sikit nak cakap ...sebab ...kalau dah biasa buat biskut maka senang cerita .... kalau baru nak buat biskut .... gunakan kemahiran sendiri..
ikut pilihan sendiri untuk buat bentuk apa... empat segi ... bulat ...3 segi or di msukkan ke dalam paper cup....
bakar... sejukkan ... masukkan ke dalam balang ...
selesai.....
jangan lupa untuk merasa....

Monday, August 31, 2009
Keutamaan ... keperluan ....kehendak dan kesukaan...
Kenapa ya.....
Keperluan rasanya dah tak banyak ..... kesukaan tu banyak .... kehendak pun banyak tetapi keutamaan lagiiiiii banyak.
Kenapa saya tulis ni pagi ni..........
kerana saya nak beli itu dan ini dan itu dan ini
( nafsu mengatasi segala galanya ) .......
dan akhirnya saya insaf dan INSAF
kerana memikirkan apa yang paling penting.........
yang menjadi keutamaan dalam hidup.
ha ... ha .... ha .....
ini lah dia puisi di pagi hari dari seorang mak yang akan bershopping untuk raya.

Friday, August 28, 2009
Tarawih
Hari ini hari pertama di bulan Ramadan ini saya ke surau untuk bersolat sunat tarawih. Memandangkan saya sudah ada camera kecil yang baru...... maka .... saya pun mengambil kesempatan mengambil 2 gambar ini. Nyorok nyorok jugak.. Suka suka. Walau bagaimana pun gambar yang diambil ini setelah selesai solat sunat witir...
Masa solat saya di saf depan ... dah habis solat saya lari duduk kat belakang sebab nak mengambil gambar la..... apa lagi.. test camera baru.
Masa solat saya di saf depan ... dah habis solat saya lari duduk kat belakang sebab nak mengambil gambar la..... apa lagi.. test camera baru.Monday, August 24, 2009
Sekadar Renungan ....
Lihat ... dengar dan hayatilah doa ini... Doa ini di baca ketika Ramadan 1422 oleh imam di Masjidil Haram....Ada terjemahaannya sekali. Saya terlalu RINDU nak bersolat di Masjidil Haram... Rasa bersemangat.... ketika mendengar para jemaah mengamin kan doa ini.....
Walaupun video ini dah lama saya lihat...... tapi saya rasa ada satu "semangat" bila melihat kembali video ini ..... Apatah lagi di Ramadan yang mulia ini.... Setiap kali melihat video ini saya memang tidak dapat menahan sebak...
Aminnnnnnn.......

Sunday, August 23, 2009
Selamat Menyambut Ramadan Yang Penuh dengan Kemulian ini.
Syukur Alhamdullilah.......... kerana Allah telah melanjutkan usia untuk bertemu dengan Ramadan kali ini.... Bersyukur juga kerana dapat bersama suami... Faris dan Adik ...... bersahur dan berbuka puasa di hari pertama.. Hari Ramadan ke 2 ini hubby dah pun berkerja. Gembira juga kerana secara kebetulan my mum datang berkunjung ke rumah bersama my sis kak ros dan anaknya Anis. Maka meriah lah sikit suasana berbuka kami sekeluarga. Teringat juga kat Faruq yang sedang belajar di Kota Bharu sana... Sebagai seorang ibu hati ini sentiasa tertanya tanya "boleh bangun sahur ke .... sahur makan apa.... dan berbuka makan apa agaknya ... sembahyang ke ... pegi tarawih ke " .... persoalan yang bermain dalam pemikiran diri .... ada waktunya bila teringat. Teringat juga suami yang terpaksa berbuka puasa jam 9 malam di Paris.
Apa apa pun.... kehidupan perlu diteruskan seperti biasa .... apa yang perlu dipertingkatkan ialah amalan yang ada... lebihkan mana yang perlu dan kurangkan atau kata kan tidak kepada yang tidak perlu serta membazirkan masa.
SMS banyak diterima dari sahabat tercinta mengucapkan selamat menyambut ramadan. Juga ucapan istimewa ini. Sungguh hebat ... ucapan ini ... saksikan lah.......
Semoga dikurniakan Allah rezeki yang berterusan......... dan kehidupan kita semua sekeluarga..... ..... dirahmati Nya dengan kebahagian, kejayaan dan keberkatan di dunia dan juga di akhirat.
Ya Allah... berikanlah kami semua kebaikan hidup di dunia dan juga di akhirat... jauhkanlah kami semua dari azab api neraka........ serta masukkanlah kami ke dalam surga..... bersama orang orang yang Engkau rahmati ... wahai Tuhan yang maha pengampun serta menguasi Alam semesta.

Subscribe to:
Posts (Atom)