Saturday, July 25, 2009

Hari Mengecat Tiang Rumah.

Sebenarnya tiang depan rumah ni dah lama terkopek catnya akibat dari kesilapan saya meletak kereta di situ.... akibatnya kereta tercalar sedikit dan tiang tu tertanggal catnya... Walau bagaimana pun.... akibat dari tiada sebarang usaha untuk mengecat semula dilakukan........ lama kelamaan........ cat di tiang tu semakin terkopek bila terkena hujan dan panas....

Akhirnya dengan gigih.......... saya dan hubby mengambil usaha untuk mengecat tiang tu kembali...



Begini lah keadaan tiang sebelum dicat.
Agak lama juga tiang ni dalam keadaan sebegitu...


Dari sudut yang berlainan....
siap dengan suratkhabar lama sebagai pelapik.


Pandangan hadapan ....


My hubby dah mula mengecat....


Tiba tiba Kuning datang.....

menghidu hidu cat .....


Kerana bosan ..... Kuning pun berlalu pergi ....


Tak jauh pun dia pegi ...... baring kat situ jugak...... merehatkan dirinya ....


Hubby mengambil kayu untuk mengacau cat di dalam tin yang sudah pun mendap..


Me..... Mengecat ....

Dah nak siap...


Akhirnya ..... tiang kami dah pun cantik kembali ... tiada lagi cat yang terkopek kopek...



Ini dia Faruq ..... mendiamkan diri bila dipanggil untuk menolong ...

Saya dan hubby amat berpuas hati bila tiang tu sudah pun berada dalam keadaan yang sempurna kembali. Syukur... alhamdullilah ...... Semoga saya tidak lagi mencalarkan tiang tu semula... Minta dijauhkan dari kesilapan sebegitu berulang kembali.




Friday, July 24, 2009

Penimbang lama ... penimbang baru

Entah lah.... tiba tiba rasa macam tak percaya tengok berat badan di penimbang yang warna kuning tu... penimbang tu dah lamaaaaa sangat .. dah makan bertahun juga lamanya. Maka akhirnya penimbang digital pun dibeli. Kenapa dibeli? Sebab badan dah terasa semakin berat. Ha. ha.... bukan berat .... tapi semakin bertambah jumlah timbangan. Apa yang bertambah tu ..... macam macam lah..... berat badan .... dan juga lemak lemak di tempat tempat yang sebegitu strategik.

Alat penyukat berat ini diletakkan berhampiran dengan meja makan supaya semua orang boleh menimbang berat badan masing masing. Ikut suka hati lah ...siapa nak timbang ... timbang lah.... tak da kena bayar pun. Sekarang ... anak anak ... sebelum makan akan menimbang berat badan dan bergitu juga selepas makan ... mereka akan menimbang berat badan masing masing. Macam dah jadi habit pulak. Begitu juga dengan abahnya sekali. Selalu timbang berat badannya juga.


Ini penimbang lama. Susah sikit nak tengok bacaannya. Sebab kecik sgt hurufnya.


Ini penimbang baru...... senang nak tengok. Tak perlu bongkokkan badan untuk melihat bacaannya.


Itu lah dia........ bila umur kian menginjak ..... makan memang nak kena jaga ... metabolisma badan kian menurun. Maka perlu bantuan senaman. Kadar makanan yang diambil juga perlu kurang dari dulu dulu. Sebab itu lah saya membeli penimbang baru ini untuk memberi semangat baru dan berazam pada diri sendiri untuk menurunkan berat badan sebanyak 5 kilo. Sebelum (sebulan lepas)......... berat badan saya 59.7kg..... akibat tiada senaman dan tidak menjaga makan ...... Now dah turun 2 kg... Syukur alhamdullilah. Ada 3 kg lagi yang perlu di beri perhatian.

Moral of the story ..... apa apa pun...... menjaga badan bukan untuk kecantikkan sahaja malah untuk menjaga kesihatan diri... tetapi ....... jika berjaya untuk mendapat susuk badan idaman dengan aktiviti senaman dan menjaga makan ... itu adalah satu pencapai yang amat hebat...... Kerana bersenam dan menjaga makan perlukan pergorbanan yang besar dari diri seseorang itu. Apa apa pun yang pentingnya.... badan sendiri sendiri lah jaga.... supaya di hari tua nanti senang untuk melakukan amal ibadah serta kegiatan harian dengan mudah.




Sunday, July 19, 2009

Bilik sembahyang di hentian rehat

Rasa rasanya ... ini lah ruang sembahyang yang paling mendamaikan dan paling mesra pengguna. Peluang bersolat di Hentian Dengkil menjadikan saya sungguh kagum dengan segala gala yang ada di ruangan solat itu. Ini mungkin pendapat pribadi saya kerana saya pernah berhenti solat di beberapa hentian rehat menuju ke selatan tanah air.

Susun atur ruangan solat di Hentian Rehat dan Rawat ini diberikan perincian yang sungguh rapi. Tapi itu tidak menjadi persoalannya di sini. Apa yang saya kagum ialah.... kebersihan ruangan solat, tempat berwuduk yang bersih, kebersihan telekung dan juga kebersihan sejadah. Gambar di bawah boleh menceritakan segala galanya.



Penyidai telekung dan juga sejadah disediakan di ruangan solat ini. Tiada rak rak kayu untuk menyimpan telekung dan juga sejadah. Bila dah bersidai sebegitu rupa.... telekung yang lembab akan cepat kering dan sudah tentu tiada bau yang kurang menyenangkan.


Tiada telekung sembahyang yang kotor di penyidai ini. Cantik kan.....


Sejadah juga disangkut rapi.


Kerusi lipat ini juga disediakan bagi mak cik mak cik yang sakit lutut yang mana tidak boleh solat berdiri.


Saya kadang kadang terfikir.... ruangan solat di tempat tempat seperti KLCC... KLIA ... SkyPark perlu diberi sentuhan sebegini. Kalau tak percaya pergilah solat di KLCC... Telekung sembahyang di lipat lipat sahaja. Tiada penyidai seperti di hentian Dengkil itu. Walaupun ruangan solatnya besar. Sudah tentu bau telekung menjadi kurang enak untuk dicium. Mengapakah sudut sudut tertentu boleh diberikan perincian dengan hiasan dalaman dan lanskap yang rapi .... tapi ruangan solat dibiarkan .... kadang kadang tiada ventilasi udara langsung di ruangan atau bilik solat. Kenapa ya...


Begitu juga dengan kompleks membeli belah... kadang kadang ruangan solat di letakkan di hujung bangunan eg... SkyPark iaitu Terminal 3 yang lama tu. Punya lah jauh kehujung dunia..... dah lah tu....... kecik sangat ruangan solatnya ( berbanding dengan banyak ruang kosong yang mewah terbiar). Telekung sembahyangnya juga tidak bersih dan bau ruangan solat pun agak kurang menyegarkan. Juga di kompleks membeli belah .... eg.. ampang park... plaza low yatt... mid valley..

Tapi siapa lah saya ini........ saya cuma seorang Mak..... Untuk kesenangan ... saya bawa telekung solat sendiri. Habis cerita.... cuma dalam hati masih terdetik .... keadaan itu sebenarnya boleh diperbaiki... Lihatlah contoh ruangan solat di Hentian Rehat Dengkil... Jika kecil ruangan ... boleh di fikirkan untuk ruangan kecil dan jika ruangan besar maka bolehlah di fikirkan untuk cara penyesuaian dengan setiap ruang yang ada... pokok pangkalnya... kebersihan perlu di jaga.

Sembahyang lah kita sebelum kita di sembahyang kan.......


Kebun Sekangkang Kera

Sekian lama me and hubby mencari cari kebun kecil untuk kami melaksanakan aktiviti "memerun". Dari kecil lagi kami berdua sudah biasa dengan aktiviti "memerun" ini... ...Mungkin... sebab kami berdua orang kampung. Juga dari kampung yang sama. Faham akan bahasa yang sama dan mengenali ramai orang yang sama. Dah jodoh kami.....

Sebelum saya bercerita lebih panjang lagi ..... Apa itu "memerun" .... kalau "memerut" tu kita biasa dengar kan ... "memerun" ini ialah membakar sampah.... tapi api nya tidak menjulang tinggi.... hanya asapnya saja yang akan keluar dari timbunan sampah tu. Selalunya aktiviti memerun ni dilakukan di petang hari. Dulu dulu orang tua memerun di petang hari untuk menghalau nyamuk. Asap dari perunan tu akan beransur ansur hilang bila sampah sudah habis di bakar. Selalunya untuk membuatkan perunan tu tahan lama.... sabut kelapa akan digunakan.

Setiap kali me & hubby lalu di kampung kampung ... kami selalunya akan berasa teruja bila melihat orang membakar sampah atau memerun sampah. Tak tau lah kenapa? Ini adalah minat kami yang sama. Kami pernah membakar daun daun kering di sekitar rumah kami di Green Street Homes ni.... walaupun aktiviti ini tidak dibenarkan sewaktu kami menandatangani S&P agreement .... sewaktu membeli rumah dulu.

Tapi apa boleh buat ..... kadang2 tu............ kami geram juga tengok daun daun yang bertimbun.. So far..... kami belum kena tegor atau kena tangkap lagi dengan guard GSH ni.

Memandangkan kami berdua tidak dilahirkan dari keluarga yang berada yang meninggalkan dusun atau kebun.... maka kebun ini adalah pembelian my hubby. Ini bermakna .... kami boleh mencangkul, bercucuk tanam dan juga "memerun"... walau bagaimana pun kami masih lagi cintakan alam sekitar yang bersih dan kami tidak sekali kali akan mencemarkan udara bumi Seremban ni dengan asap dari perunan di kebun kami ini.... Buat masa ini keadaan berjerubu agak teruk... akibat pembakaran terbuka di Sumatera Indonesia. So.... kami tidak akan menjadi penyumbang tambahan jerebu tersebut dengan aktiviti pembakaran secara terbuka. Tapi ..... "sikit sikit ok kot"......



Ini dia dusun sekangkang kera kami.


Pokok Durian. My hubby bukan pengemar durian. Me too.


My sister Kak Ros


My anak saudara Anis. Kat belakang tu my mum.


Kuning pun ikut sekali. Tapi kena kurung dalam kereta.


Pokok limau nipis


Pokok durian lagi


Anak sungai di hadapan kebun yang akan dibersihkan. Ada banyak ikan dalam tu. Orang kampung situ selalu memancing kat jambatan tepi tu. Ada juga yang menembak ikan. Tapi bukan menembak dengan pistol. Mereka gunakan macam anak panah. Tapi yang sebenarnya........... saya sendiri tak pernah melihat benda "yang macam anak panah" tu yang digunakan untuk menembak ikan.


Apa apa pun kami bersyukur pencarian kebun ini telah berakhir dengan Kebun Sekangkang Kera ini yang masih belum mengeluarkan hasil. Insyallah jika panjang umur .... saya akan blogkan pula...... bila pokok durian dah mula mengeluarkan buahnya... Bila tu .... saya pun tak tahu...

Nasi Dagang Pulut Panggang

Bila pulang ke kampung halaman sendiri ........ ini lah yang di cari.
Kalau tak sarapan nasi dagang rasa macam belum selasai pulang kampung. Nasi dagang yang kat pasar Mersing ni rasanya tetap sama... dari dulu sampailah sekarang. Tak banyak yang berubah....... kalau yang berubah pun ialah kuantiti nasi dan juga lauk ikannya sahaja. Kalau satu ketika dulu 50 sen masih boleh beli nasi dagang ni.... lama kelamaan.... nasi dagang seperti dalam bungkusan di bawah tu dah bernilai rm1.00. Kalau makan untuk kenyang rasanya tak boleh kot. Tapi kalau sekadar untuk mengalas perut..... rasanya masih boleh makan sebungkus nasi dagang yang rm1 tu. Orang yang menjual pun tetap sama... dari saya kecil mak cik yang jual tu masih muda ... dan bila saya dah tak kecik lagi ....... dan mak cik tu pun dah tak muda lagi... nasi dagangnya masih lagi sama rasanya.


4 bungkus nasi dagang.

Pulut panggang. Pencucuknya masih lagi pakai lidi.



Pulut panggang kampung kami di Mersing intinya ialah sambal ikan. Sedap sangat. Orang Mersing rasanya tak reti makan pulut panggang inti kelapa. Walau bagaimana pun ..... Pulut panggang ini tetap juga megalami proses perubahan zaman. Satu ketika dulu saiz bungkusan pulut panggang tu lebih besar dan lebih panjang sedikit berbanding dengan sekarang ni. Pulut panggang yang sekarang ni..... lebih pendek disebabkan pembuatnya ingin menjimatkan kos per unit pulut panggang tersebut. Apa apa pun.... rasanya tetap sama ... pulut panggang tetap pulut panggang.

Sebenarnya.... bukan itu sahaja makanan yang dijual untuk sarapan pagi di Mersing... macam macam ada... dari nasi kuning, nasi minyak, kerabu, nasi impit, laksa, lak sang atau lak sam serta pelbagai kuih muih lagi. Kuih muih tu seperti .... tepung kapur ( dah lamaaaaa rasanya tak makan tepung kapur ni ), kuih dadar ... kalau istilah resepi masakan ...kuih ketayap.. ,kuih peria ...., keria..., kusui atau kaswi .... dan banyakkkkkk lah lagi. Semuanya sungguh sedap ........ Hai... rasa macam nak balik kampung sekarang jugak ....

Cara atau corak makanan sarapan pagi orang orang di Mersing mendapat pengaruh yang hebat dari orang orang Terengganu yang ramai berhijrah ke Mersing kerana Mersing merupakan salah sebuah dari pelabuhan perikanan yang terbesar di Malaysia ( ini masa belajar Geografi dulu dulu la..... sekarang saya tak tau lah ) . Oleh yang sedemikian terdapat ramai nelayan yang tinggal di persisiran pantai Mersing dari persisiran pantai Endau, Penyabung, Air Papan, Tenglu Laut, Sri Lalang Laut sehingga menghala ke pantai Mersing .... Petempatan nelayan lebih padat di Kuala Sungai Mersing.... maka..... di situ jugalah .... terdapat penjual sarapan pagi yang banyak... dari segala jenis nasik, laksa sehinggalah ke pelbagai jenis kuih muih .... Bagi orang orang yang kuat bekerja... sarapan mereka juga agak berat ... tapi kadang kadang tu..... bagi orang yang tidak kuat bekerja seperti saya ...... sarapan pagi pun boleh tahan hebat juga. Menambahkan lagi lemak lemak yang sudah sedia terkumpul di badan.... takutt ....

Ok lah ..... nanti sambung lagi. Bila saya balik Mersing saya akan ambil gambar tempat menjual sarapan dan pelbagai pilihan sarapan pagi yang ada.




..... saya tengah dalam proses menurunkan berat badan sebanyak 4 kilo ..... kena insaf dan kurangkan teringat akan makanan yang sedap sedap.......





Surau Al-Ulum

Aktiviti petang semalam.

Me and hubby ke Kota Damansara untuk menjayakan projek kutipan derma untuk Surau Al-Ulum. Jauh kami datang dari Seremban untuk memberikan sokongan moral kepada sahabat kami selaku pengurus projek ini. Sahabat ini merupakan teman serombongan Jemaah Rayhar... sewaktu menunaikan haji tahun lalu....... mengundang kami untuk turut serta bersama qariah mereka di majlis yang penuh bermakna petang semalam. Terima kasih Tuan Haji Rahman dan isteri. Kami berjumpa juga dengan sepupu hubby.... Mayah and family dan juga Kak Ros dan anaknya Ain.


Ustaz Dzulkarnain Astro Oasis. Alunan suaranya yang merdu membuatkan kami teringat ketika di Tanah Suci Makkah bersama rombongan jemaah Rayhar.. Setiap hari suaranya berkumadang di hotel kami Qamar Mawwaddah, di Arafah dan juga di Mina.... Sedihhhhh. Rasa macam nak pergi lagi... Dalam gambar tu..... me... yang gemuk tu pakai tudung merah, my darling, ustaz zul, dato najib & datin kamsiah juga teman haji kami dari Seremban.


suasana dalam dewan di Segi College


my table no 58.... tak da rezeki untuk menang sejadah dll hadiah cabutan tiket bertuah.


puding caramel yang tidak sempat saya makan


mee kari yang sedap... saya berjaya menghabiskannya semangkuk. Bertambah gemukkkk lagi....


Teh bukan tarik.. Sedap juga.


Sahabat semeja yang juga rakan serombongan Rayhar. Tuan Haji Razali dan Hajjah Faridah dan anaknya.


My ex boy friend dan anak Tuan Haji Razali yang sebaya dengan anak kami Faris.

Gambar Tuan haji Kasaruddin & isterinya tak berapa terang sangat so saya tak dapat nak taruk kat sini. Tapi kami pulang dengan hati yang sungguh gembira dari majlis ilmu dan juga dapat bertemu dengan sahabat sahabat yang lama kami tak bertemu

Sunday, July 12, 2009

Minah....

Ini lah dia Minah ..... Baru dibeli beberapa hari lepas. Insyallah bila dah siap tudung yang di jahit maka Minah akan menjadi model untuk tudung tudung tersebut.

Tapi Minah ni mukanya macam terlalu sempurna. Tapi ok lah kan.... kira cantik Minah ni kalau pakai tudung apa pun...


Minah